Wednesday 13 March 2013

Hijau - Zainal Abidin


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-hijau-zainal-abidin.html#ixzz2NPdfORQF

Monday 11 March 2013

PENCEMARAN ALAM SEKITAR




Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek pembangunan di sesebuah negara tidak akan dapat dielakkan.
Manusia sering mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi ini akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan-bahan hasil daripada aktiviti seharian manusia ke alam persekitaran yang akhirnya akan mengakibatkan terganggunya kehidupan dan ekosistem alam sekitar.
Pencemaran dapat dibahagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam sekitar iaitu:
1.    Pencemaran udara
2.   Pencemaran air
3.   Pencemaran laut
4.   Pencemaran bunyi
5.   Pencemaran tanah

Friday 25 January 2013

Laman web.

Kini anda boleh mengikuti perkembangan saya melalui laman web saya.

Alamat laman web saya ialah:

http://bmm31056.webnode.com/


Thursday 24 January 2013

Makluman:

Mari kita menghadiri satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk "Makanan untuk Kesihatan" yang akan disampaikan oleh Cikgu Mohd Kamirul bin Mad Daud berdasarkan pembentangan yang telah disiapkan. Pasti menarik!
Amalkan pemakanan sayur dan buah-buahan
Panduan pemakanan berdasarkan Piramid Makanan



Kurangkan makan makanan berlemak dan manis

Wednesday 16 January 2013

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN P&P BAHASA MELAYU MELALUI TMK DAN CARA-CARA MENGATASINYA.




Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa Melayu  menghadapi beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran menggunakan komputer .

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd dan .En Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, UPM  menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Namun begitu  kursus yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian.

Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Namun kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran manakala pelajar pula kurang berminat dalam pembelajaran.

PENGENALAN

Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, terdapat beberapa isu
yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer.   Pengajaran menjadi tidak berkesan kerana kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.. Inilah kekangan yang paling ketara.

Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti  yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah . Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.

Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM.

 Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.


Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)
Sebagai guru BM, kita sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer d idalam bilik darjah. Antara beberapa kelebihannya:
·         Pelajar  boleh mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa kehadiran guru.
·         Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa) dengan menggunakan komputer.
·         Pelajar menggunakan enjin pencari (sepertigoogle) untuk mencari fakta ketika menulis karangan.
·         Pengajaran bahasa  menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu mengajar.
·         Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word)
·         Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD.
·         Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer.

Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dimana pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer  dengan bantuan guru. Selain itu pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.

Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru ialah pelajar menggunakan
enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet  yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.

Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer . Ini kerana  tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

           Tahap penggunaan komputer dalam pengajaran  Bahasa Melayu adalah rendah kerana guru  tidak selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya.

Manakala dari segi penggunaan internet, terlalu banyak kekanganketika melayarinya, dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.

Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.

        Penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja dan tidak begitu sesuai dalam mengajarkan karangan .Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer .Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan baik.

Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran .
 Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanya
untuk urusan berkaitan pengurusan sahaja.

Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh guru ialah Microsoft Word. Manakala
 kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel ,Microsoft power point , Internet dan microsoft Access sahaja. Bagi kemahiran multimedia dan pembinaan laman dianggap penguasaan yang lemah.  Ini menggambarkan guru tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.

Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar

          Walau bagaimanapun,  pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya . Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer.

          Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran


Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer

 Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru
juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi .

Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.

 Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.


Cadangan untuk mengatasi masalah

            Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :
·         Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
·         Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·         Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
·        Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir.
·         Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
·         Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.


RUMUSAN

Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan ialah guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran.

       Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM .Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM.  Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif kerana penggunaan komputer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. P enggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.  Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi.
 Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk .
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran .Walaupun
demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
 Sekiranya semua kekangan atau masalah tersebut diatasi dengan segera sudah pasti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan  akan lebih efisien.


RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, .
http://raziahpgsr2009-bmm3105.blogspot.com/